Tuesday, November 3, 2009

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2009

Gambar hiasan..

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Di dalam tempoh terdekat untuk mengharungi peperiksaan SPM dan STPM kali ini, ada pelajar yang merungut dan menyatakan "Banyak Tak Cover lagi belajar ni", "Mengapalah selalu lupa bila baca nota niii" dan pelbagai lagi reaksi menunjukkan pelajar-pelajar ini risau dan berdebar akan peperiksaan yang akan di tempuhinya... Ada juga yang bertanya saya... "bagaimana untuk mengigati keseluruhan nota yang di tulis ni dalam tempoh terdekat"... Sukarkan.. emmm... saya memahami pelajar-pelajar yang menyatakan permasalahan ini... Bayangkan anda perlu mengigat kembali mata pelajaran dari tingkatan 4 dan 5 bagi menduduki SPM, manakala STPM pula mempunyai mata pelajaran yang perlu kepada hafalan..mengikut kajian dari Hermann Ebbinghaus menyatakan berkaitan lengkok lupaan seseorabg individu itu membuat rumusan, sekiranyaanda tidak mengulang kaji semula apa yang di pelajari, anda akan lupa 60% hingga 70% daripada maklumat dalam masa 24 jam. Dalam sebulan pula anda akan lupa 80% hingga 90% ataupun terus lupa maklumat yang ada...

Oleh itu.. saya ingin memberi beberapa tips untuk anda;

1. Tempoh hampir dengan exam, perbanyakkan OUTPUT LEARNING - Latih Tubi. Mengapa? mengikut kajian neuronologi, apabila seseorang itu banyak mengeluarkan maklumat-maklumat yang telah masuk di dalam fikiran, seseorang itu akan cepat dan mudah ingat maklumat itu. Dengan hanya membaca SAHAJA, anda hanya mampu mengigat sebanyak 20% sahaja sedangkan apabila anda membuat latih tubi anda mampu mengigat sebanyak 60% ke atas.. Wow.. tak rugikan.. Anda boleh cuba... perbanyakkan buat soalan-soalan..

2. Hampir dengan exam, pembahagian masa study perlu di jaga... INGAT, masa cukup penting bagi anda sekarang. Sekirannya anda ingin study 15 minit untuk 1 sub topik.. patuhi dan tepati..

3. Suasana Exam perlu ada.. di dalam anda membuat soalan ramalan @ soalan peperiksaan lepas, anda perlu wujudkan suasana exam seperti perlu mengikut masa yang di tetapkan di dalam membuat sesuatu soalan exam dan keadaan tempat juga perlulah tenang dan segar..

4. jaga kesihatan dan keselamatan .. PENTING... apa yang berlaku pada diri kita, kita tidak tahu... Akan tetapi kita perlu menjaga kesihatan dan keselamatan supaya anda semua dapat menempuhi exam dengan baik..

5. Yang paling UTAMA, anda dengan Tuhan... kadang-kadang ada yang lupa solat di sebabkan study... oleh itu JANGAN LUPA TUHAN di dalam anda tempuhi EXAM...

6. Hormati Semua (ibu bapa, guru-guru yeee....) Berkat ada di situ.

SEMOGA ANDA MAMPU MENCIPTA DINAMIK PEPERIKSAAN DENGAN BERKEYAKINAN.

0 comments: